Umumnya seni silat ini adalah ilmu mempertahankan diri yang di akui umum sebagai hak asli kepunyaan orang Melayu seperti silat cekak, gayung, sendeng dsbnya.
Jatuh yang dimaksudkan oleh seni silat ini adalah aksi aksi untuk menjatuhkan pihak lawan.
Seni silat Jatuh ini kebiasaannya untuk tontonan di majlis kenduri kahwin dan menyambut orang kenamaan. Juga untuk tujuan perubatan.
Setiap rentak gerakan silat ini memerlukan iringan muzik. Antara alat muzik yang di gunakan ialah gendang ibu dan anak, gong dan serunai.
Rakaman klip video semasa majlis kenduri kahwin cuti raya puasa baru2 ni.
Saksikan aksi SENI SILAT JATUH.
Thursday, October 23, 2008
Seni Silat "JATUH"
Sunday, October 5, 2008
Hentian Bas Ekspres Jalan Hamzah
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
Di hari raya yang kelima ini saya sempat singgah sekejap di Hentian Bas Ekspress Di Jalan Hamzah, Kota Baharu untuk melihat suasana kesibukan warga Kelantan meninggalkan negeri tercintanya kerana tugas masing masing.
Hentian ini berhadapan dengan KB MALL di Jalan Hamzah.
Sekitar jam 9 hingga 10 pagi. Agak sesak juga hentian ini, dengan berbagai ragam manusia.
Maklum lah semua balik beraya. Terpaksa polis trafik ditugaskan disini untuk mengawal kenderaan keluar dan masuk.
Bangunan hentian ini selain daripada kauter jualan tiket bas digunakan juga untuk menjual minuman dan makanan ringan.
Banyak syarikat2 bas yang beroperasi di sini seperti bas BUDAYA, MAHLIGAI, MUTIARA, CEPAT, SANI dan
sebagainya
Mereka beroperasi siang dan
malam dengan destinasi ke seluruh Malaysia Barat.
Klip video yang sempat aku rakam di sekitar hentian ini.
N/B : HENTIAN INI BERPINDAH KER..BERDEKATAN S/MARKET TESCO
Friday, September 5, 2008
Dialek Kelantan (kecek kelate)
Sebelum saya sumbat lebih banyak lagi benda benda merapu meraban dalam blog aku ni. Lebih baik aku ajar korang sikit pasal loghat Kelantan ni. Bukannya susah sangat pun, sambil sambil buat kerja pun boleh belajar. Senang sikit nak tawar menawar bila membeli belah kat Kelantan atau nak mengorat pak we atau mak we yang berasal dari sini. Nak seribu daya..tak nak seribu dalih.
Dialek kelantan merupakan dialek melayu yang paling banyak mempunyai beza sebutan dari dialek melayu di Semenanjung. Selain beza sebutan, dialek Kelantan juga banyak mempunyai perkataan yg berbeza.
1) Ciri utama dialek Kelantan adalah penggantian huruf 'n', ' m' dan 'ng' di belakang kata dengan huruf 'e' (sama dengan bunyi huruf 'e' dalam perkataan ' beca' .
Kawan...........................................Kawe
Bulan..............................................Bule
Terang.............................................Tere
Tenang............................................Tene
Bukan............................................Buke
Tangan.........................................Tange
Demam.........................................Deme
Geram............................................Gere
2) Huruf 'a' dibelakang kata diganti dengan bunyi 'o'
Apa.................................................Gapo
Hamba..........................................Ambo
Mana.............................................Mano
Gila...................................................Gilo
Satu................................................Se/sa
Saya....................................Kawe/ambo
Awak/kamu...................................demo
Bagaimana..................................Guano
Cakap.............................................kecek
Duit.................................................Pitih
50 sen..........................................Samas
Gaduh.........................................Gocoh
Juara...........................................Jogho
Kelapa..............................................Nyo
Kawan/sahabat.............................Saing
Kalau...............................................kalu
Lepas itu......................................Pah tu
Keterlaluan................................Bedooh
Bohong.....................................Pelawok
Sentiasa/selalu............................Sokmo
Pergi sana................................Gi denun
Tak hendak.............................Tok se/sir
Ramai...........................................Rama
Kedekut............................Kupid/kelorek
Sangat kedekut.................Kedekut apah
Suka berbohong............Pelawok bangar
Monday, September 1, 2008
"MERDEKA" DAN SELAMAT BERPUASA
Masih terasa panas lagi Raya Puasa tahun lepas. Sekarang bulan ramadan menjelma lagi dengan suasana baru..harga minyak dunia melambung naik dan diikuti harga barangan pengguna. Mungkin perit pada yang berpendapatan sederhana.
Bila sebut pasal berpuasa. Persoalan yang bermain dikepala setiap orang yang menunaikan ibadah puasa...Juadah apakah yang hendak di makan ketika berbuka nanti.?
Aku biasa jer buah kurma atau kuih satu dua perkara..jadi lah sebagai pembuka mulut. Minum air milo( air lain tak leh..gastrik) sebagai penghilang dahaga. Dan lepas tu bantai nasi sampai kenyang wakaka.
Air tuak...popular di sini. Aku tak leh minum air ni..entah kenapa. Air ni senang di jumpai bila menjelang ramadan..tengok jer tepi jalan raya.. ader la bergantungan. Selain air tuak..air tebu juga laris di sini disamping air soya.
Akok..memang x jemu sapa memakannya. Tak menang tangan sapa yang menjual kuih akok ni. Setengah tempat tu jem jalan kerana nak beli akok. Jadi kenalah tempah awal awal kalau nak merasa kuih akok tu.
Cendol dan sagu juga disukai disini sejak turun temurun lagi.
Laukpauk yang popular di jual di kampung aku nih..ayam dan ikan percik.
Kerabu, solod lada(lada besar yang dibelah dua..di buang isinya dan di masukkan kelapa parut..kukus.) Acar dan lain lain lagi.
Kerabu yang aku suka makan..kerabu pucuk serai(bukan serai rumpun) dengan pucuk mata ayam. Bermacam kerabu yang ada dijual di kelantan ni...kerabu buah betik, nangka, pucuk paku, buah beko dan bermacam2 lagi.
Tak dop budu tok soh tau..budu kena dok tengah2 hidangan..kena capor nge poyok...baru ader kick..hu hu hu
Dok royat hal make jah. Male tuh kena gi semaye terawikh. Jange make kenye bedooh nati gak malah semaye, pah make tu nok tido jah.
PUASA TAU JANGAN TAK PUASA. NANTI TAK LEH RAYA HE HE HE
Saturday, August 30, 2008
PUISI ANAK TANI
AKU
Yang bernama ANAK TANI
Akulah lahir diatas tikar mengkuang
Berbogel berlarian di permatang
Badan berkabut..kali berlumut
Besar bersama selut sawah
Pulang ku dari bendang
Tika hari di mamah senja
Bersama pulangnya
..lembu kerbau kekandang
....ayam itik masuk reban
Di malamnya...
Bertemankan cahaya pelita..
meliuk lintuk
Riuh bersama..
..cengkerik
....dan unggas malam
Aku bertiarap dengan buku sekolah
Dengan harapan segulung ijazah
Dan..
Tidur ku
Bagaikan tidurnya kampung halaman
Sepi dari kemajuan
Kemiskinan desa ku
Adalah kemiskinan ku dalam kehidupan
Pepacat dan lelintah penghisap darah
...tak bisa di pisah
Sememangnya aku sedari
Betapa gigihnya ayah ibu bekerja
Buat membesarkan ku
Dan memberikan pelajaran
Merentas rimba sengsara
Merangkak mencari bahagia
Ku rakum wujud dalam mimpi
Itulah aku anak TANI
Yang mahu hidup
Esok dan seterusnya.....
14 julai 1988
Friday, August 1, 2008
Lambang Dan Bendera Kelantan DarulNaim
Mahkota itu tanda Kedaulatan Sultan. Dua tombak dan dua keris maksudnya kekuatan orang-orang Melayu Kelantan. Anak bulan dan bintang adalah tanda Islam. Dua pucuk meriam maknanya bahawa negeri ini adalah sentiasa sedia untuk mempertahankan dirinya. Dua ekor kijang mengingatkan kembali kepada sejarah tua negeri ini tatkala Che' Wan Kembang (atau Che' Siti) Permaisuri Kelantan (kira-kira pada akhir kurun yang ke 14) yang kerana terlalu kasih kepada kijang kesayangannya, telah memerintahkan wang emas dicap dengan gambar binatang itu.
COGAN:
"Berserah Kepada Tuhan Kerajaan Kelantan"
Bendera Kelantan DN
Latar belakang berwarna merah maksudnya kejujuran penduduk, rakyat Raja. Lambang kebesaran berwarna putih itu tanda kesucian Raja negeri ini.