Friday, August 1, 2008

Lambang Dan Bendera Kelantan DarulNaim

Lambang Kelantan DN
























Mahkota itu tanda Kedaulatan Sultan. Dua tombak dan dua keris maksudnya kekuatan orang-orang Melayu Kelantan. Anak bulan dan bintang adalah tanda Islam. Dua pucuk meriam maknanya bahawa negeri ini adalah sentiasa sedia untuk mempertahankan dirinya. Dua ekor kijang mengingatkan kembali kepada
sejarah tua negeri ini tatkala Che' Wan Kembang (atau Che' Siti) Permaisuri Kelantan (kira-kira pada akhir kurun yang ke 14) yang kerana terlalu kasih kepada kijang kesayangannya, telah memerintahkan wang emas dicap dengan gambar binatang itu.

COGAN:

"Berserah Kepada Tuhan Kerajaan Kelantan"


Bendera Kelantan DN








Latar belakang berwarna merah maksudnya kejujuran penduduk, rakyat Raja. Lambang kebesaran berwarna putih itu tanda kesucian Raja negeri ini.

1 comments:

Anonymoussaid...

Assalamua'laikum,

Mohon di tukar Gambar bendera kelantan. takdok gamba 2 obor api weh, gamba sebenar ialah gamba 2 batang kerih tanpa lok...

bagus website demo

ddin tumpat

 
© free template by Blogspot tutorial